Senin, 19 Januari 2009

" TANGKAL DAN AZIMAT "

FYI... Karena cukup banyak yang sengaja memakaikan "tangka palasik" ke anak, "tangka ibu hamil", jimat, ayat 1000 dinar dll... Berhati2lah...

Berikut beberapa hadis yang melarang
keras mereka yang cuba bermain dengan tangkal dan azimat. Tidak kira sama ada
tangkal itu dijadikan daripada al-Qur’an atau pun bukan al-Qur’an ianya tetap
bernama tangkal dan tetap haram dan syirik menurut maksudnya.

"Sesungguhnya jampi mentera (tamaim), tangkal dan guna-guna itu perbuatan
yang syirik". (H/R Ibn Majah (3521) at-Tibb. Ahmad (3433) Musnad. Abu Daud
(3385) at-Tibb)

"Sesiapa yang memakai (mengantung) tangkal, maka ia telah melakukan
kesyirikan". (H/R Turmizi (1998) at-Tibb. Nasaii (4011) Tahrimul ad-Dam)

"Sesiapa yang memakai (bergantung kepada) sesuatu (tangkal, azimat
pendinding) maka dia telah bertawakkal dengannya. Allah akan menyerahkan
urusannya kepada sesuatu itu". (H/R Turmizi dan al-Hakim)

"Barangsiapa yang memakai sesuatu (tangkal, azimat atau pendinding) maka
ia telah mewalikan atau bertawakal kepadanya". (H/R Ahmad (18035) Musnad
al-Kufiyyin)

"Dari Isa bin Abdulrahman berkata: Kami melawat Abdullah bin 'Ukaim dan
dia sedang sakit maka dikatakan kepadanya: (Ada baiknya) jika engkau memakai
sesuatu (tangkal). Maka beliau berkata: Apakah aku akan memakai sesuatu
(tangkal) sedangkan Rasulullah saw telah bersabda : Sesiapa yang telah memakai
sesuatu (dari jenis tangkal) maka dia telah bertawakkal kepadanya". (H/R
Ahmad (18030) Musnad. Turmizi (1998) at-Tibb)

"Sesiapa yang menggantung (memakai) tangkal maka ia telah melakukan kesyirikan."
(H/R Ahmad (16781) Musnad)

Islam telah mengharamkan setiap mukmin menyeru selain Allah untuk meminta
pertolongan yang melibatkan perkara-perkara yang ghaib. Begitu juga Islam
mengharamkan para mukmin dari menggunakan tangkal, azimat, pendinding atau yang
seumpamanya kerana benda-benda tersebut tidak akan memberi faedah atau sebarang
kesan kepada penggunanya sebagaimana penjelasan Allah Subhanahu wa Ta'ala
melalui firman-Nya:

"Katakanlah! Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai pelindung) selain
Allah mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah di langit dan di bumi
dan mereka tidak memiliki suatu saham pun dalam (urusan) langit dan bumi dan
sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya".
(Saba', 34: 22)

Sekiranya Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan bahaya, kemudaratan dan bala ke
atas mereka yang memakai tangkal, azimat atau pendinding, mereka tidak akan
dapat menjadikan benda-benda tersebut sebagai pelindung sebagaimana yang mereka
sangkakan.

Firman Allah:

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada kamu, maka tiada yang
berkuasa menghilangkannya melainkan Allah dan jika Dia mendatangkan kebaikan
kepada kamu, maka Dia Maha Kuasa di atas sesuatu". (al-An’am, 6: 17)

Kesimpulan:

1 – Beramal-lah dengan ayat-ayat al-Qur’an dengan cara yang betul, dengan ilmu,
membaca, dan berusaha memahami serta mempelajarinya.

2 – Apa yang disarankan melalui ayat surah ath-Thalaq, 65: 2-3 itu sendiri
meminta kita untuk bertaqwa dan Allah akan memberi ganjaran rezeki dari jalan
yang tidak disangka-sangka serta akan membantu mereka yang bertaqwa dengan
mencukupkan keperluannya.

3 – Ayat al-Qur’an bukan bahan untuk dijadikan sebagai tangkal dan alat
pelaris. Malah perbuatan mempercayai tangkal itu sendiri termasuk ke dalam hal yang
syirik dan berdosa besar.

4 – Langkah terbaik untuk meminta pertolongan adalah dengan cara berdoa kepada
Allah Subhanahu wa Ta'ala yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha Pemberi
Rezeki. (Rujuk al-A’raaf: 180, az-Dzariyat: 58, dan al-Baqarah: 186) Di samping
sentiasa berusaha menggandakan usaha dan mempelbagaikan strategi
pemasaran/perniagaan yang betul.

http://bahaya-syirik.blogspot.com


Tidak ada komentar: